Sunday, April 25, 2010

Wasiat ke 8 Sheikh Abdul Qadir Jilani

Lepas dari kemaksiatan
wahai orang muda, janganlah engkau berputus asa daripada rahmat Allah Azza wa Jalla kerana kemaksiatan yang telah engkau lakukan. Bersihkanlah kotoran dari pakaian agamamu dengan air taubat, dengan taubat yang istiqomah dan ikhlas. Kemudian harumkanlah pakaian agamamu itu dengan air wangi makrifah. berhati-hatilah engkau dengan kedudukanmu sekarang kerana ke arah manapun engkau toleh, terdapat haiwan-haiwan yang buas sedang berada disekeliling dirimu, dan pengaruh-pengaruh jahat yang merosak sedang bertindak ke atas dirimu. Lepaskanlah dirimu daripadaya dan kembalikanlah hatimu kepada al Haqq Azza wa Jalla.

Ada seorang insan yang telah berkata: "aku ingin menjadi salah seorang daripada orang-orang yang encari wajahnya. Hatiku telah terpandang Pintu Kedekatan dan aku telah melihat para kekasih memasukinya dan kemudian telah keluar memakai pakaian-pakaian yang telah dianugerahkan oleh al Malik (Allah). Apakah cara untuk memasukinya?"

Kepadanya aku telah menjawab: "Hendaklah engkau korbankan seluruh dirimu. Tinggalkanlah segala kehendak syahwat dan segala rasa kelazatan. Lenyapkanlah dirimu di dalamnya. Ucapkan selamat itnggal kepada segala taman syurga dan segala isi kandungannya, dan tinggalkanlah ia. Ucapkan selamat jalan kepada nafsu, hawa dan tabiat-tabiat. Ucapkanlah selamat jalan kepada segala keinginan, sama ada yang berbentuk keduniaan ataupun keakhiratan. Ucapkan selamat tinggal kepada setiap sesuatu dan engkau tinggalkannya di belakang hatimu. Setelah itu, masuklah. Engkau akan melihat apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, yang tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah terlintas di hati manusia."

Sufi ialah seorang manusia yang telah bersih batinnya dan juga zahirnya, dengan mengikuti kitab Allah Azza wa Jalla dan sunnah rasulnya. Dan jika kebersihannya sudah bertambah, dia akan keluar dari lautan kewujudannya, dan meninggalkan segala kehendak, ikhtiar dan keinginannya, kerana kebersihan hatinya.

Asas kebaikan ialah dengan menuruti an Nabi SallAllahu alaihi wa sallam pada seluruh perkataannya dan perbuatannya. Apabila hati si hamba telah bersih, dai akan dapat melihat an Nabi di dalam tidurnya, yang akan memberitahunya tentang apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dijauhkan.

Seluruh dirinya akan menjadi sekeping hati, dan terpisah dengan niatnya. Dia akan menjadi sebuah rahsia tanpa penyataan, satu kebersihan tanpa kekeruhan. Kulit zahirnya akan tertanggal dari dirinya, sehingga yang tinggal adalah isi tanpa kulit.