"La Yusammal Insan bil Insan illa bin Nisyan" Tidak dinamakan manusia dengan nama insan melainkan kerana sifatnya yang pelupa. Terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Naim Majin. Malam ini semakin membawa diri ana kembali ke masa yang pernah dilalui sewaktu di dalam SEMAIan bibit-bibit iman dan islam.
11 Tahun lepas..Tatkala hati banyak berbicara.
"Ok, budak form one tunggu ah lepas ni" Tiba-tiba abang Pai berdiri seusai wirid solat Isyak. "Pertama, abang nak sound kamu pasal salam. Banyak kali suda kasi tau, jumpa abang-abang bagi salam. Ada yang limpas-limpas macam tu jak."Abang Pai memulakan sesi tarbiyyahnya kepada kami budak form 1."Bah,siap kamu kalau nda bagi salam, aku tampar kamu pakai selipar!" Tetiba ada seorang abang form 2 mencelah."Kedua, pasal aurat...bla..bla". Fuh, minggu pertama banyak memberi tekanan pada ana yang ketika itu baru mencecah usia 13 tahun.
Minggu pertama Tingkatan 1..Banyak belajar dari Sahabat tercinta.
Seketika ana datang awal untuk solat magrib sepertimana biasa. Sampai sahaja di pintu surau, kelihatan kelibat manusia bertubuh kecil merenung jauh di serambi surau. Ana datang menghampiri dan menyapa. Kami berbual sebagai tanda mencipta persahabatan. "Eh, ko nda rindu dengan mama ka?"Matanya mula merah bakal menitiskan perahanan air mata yang selama ini ditahan. Ana bersahaja mengatakan "biasa lah tu, nanti lama-lama biasa juga tu". Detik perkenalan tadi direkod rapi dalam memoir minda ana. Sehingga kini banyak perkara ana belajar dari sahabat tadi.
Minggu terakhir Tingkatan 5..Kami hakcipta terpelihara.
Beberapa hari selepas SPM berakhir, sebelum meninggalkan sekolah tercinta buat selamanya, satu perhimpunan pelajar tingkatan 5 diadakan. "Kamu semua bila sudah keluar nanti masing-masing ada cop SMK (A) atas dahi kamu. Orang kampung akan tingu kamu sebagai produk sekolah agama...". Amanat terakhir Ustaz Naim kepada kami semua cukup memberi makna. Dialah salah seorang Murobbi bagi diri ana. Moga tuhan merahmatimu selamanya..
Lantas, apakah kehidupan itu? Terlalu singkat bukan. Rakan-rakan SPM 2003 yang seumur dengan ana dan sewaktu dengannya. Renungkanlah..
1. Siapa aku sebenarnya?
2. Adakah aku mengenal DIA yang maha pencipta?
3. Qiamullail, Dhuha, Ma'tsurat, Infaq, Qiraatul Quran?
4. Menghalalkan apa yang dihalalkan Al Quran, dan mengharamkan apa yang diharamkan?
5. dan
lain-lain...Justeru, untuk siapa insan hidup mengabdi diri?

Salam...
ReplyDeleteHebat. MemoiR yg takkan dilupa....