Puasa sunat menjadi satu amalan keperluan mendidiki hati seorang yang menjalani jalan menuju ilahi. Usah mengklaim diri seorang salik andai puasa entah ke mana. Bertatih di atas jalan salik tidaklah boleh diukur melalui amalan zahir semata, malah batin yang sentiasa tidak lari dari ingatan terhadap Tuhan. Tiadalah satu detik yang terlepas dari zikrullah sama ada diiringi perhatian maupun tidak. Mengungkap kata-kata Imam `Ataillah dalam Al Hikam "Jangan kamu meninggalkan zikir disebabkan tidak hadir hatimu terhadap Allah dalam zikir itu, ini kerana kelalaian mu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berat atau berbahaya daripada kelalaian mu terhadap Allah ketika kamu berzikir."
Ana seringkali transit di Masjid Bandaran Kota Kinabalu sebelum meneruskan kembara ke tempat yang dituju. Satu ketika di masjid, bersama ana Al Quran terjemahan serta Hadis 40 menjadi tatapan sementara menunggu waktu solat. Seorang pak cik datang menghampiri sambil meminta untuk membelek buku yang ana baca. Lebih kurang begini perbualan kami
"bagus buku yang kamu baca ni. Baik bagi permulaan dan sebagai asas". Ana mengiakan sahaja. Pak cik tadi mula bercerita tentang beberapa maqam sehingga kepada makrifatullah. Ya, ana pernah terbaca tentang kesufian dalam kuliah sastera masyarakat. Kuliah itu membincangkan tentang karya sufi Hamzah Fansuri. Dari situ ana tahu maqam kesufian itu; syariat,tarekat,hakikat, dan makrifat. Kemudian pak cik tadi mencadangkan ana mencari buku Al Hikam. Ana terpinga sendirian, pertama kali mendengar judul buku itu. Tak mengapalah, iakan saja.
Solusi masalah ukhuwwah?
Silibus tarbiyyah berteraskan pendekatan kesufian menjadi salah satu usul yang dibahaskan dan diterima dalam Muktamar kampus 2 tahun lepas. Ini bertujuan m

"Hanya cintamu (ALLAH) ku harap subur, di bajai bangkai dunia yang ku bunuh"
No comments:
Post a Comment